kaki kanan digigit ular!

Fuhh..ayat biasa yg kelihatan pabila blog sudah lama tidak diupdate. Huhu. Tidak perasan pula bulan Oktober ini tiada langsung entri. Hurm, ada yang mahu ditulis tapi kadangkala terlupa dan beginilah jadinya.

Tapi, kenapa tiba-tiba terdetik ingin menulis? Mungkin kerana apa yang terjadi semalam. Huhu.

Dulu, entah pada tahun bila. Aku tidak mampu mengingat. Aku pernah bermimpi ke suatu kawasan yang penuh dengan ular. Sangat banyak tetapi tiada seekor pun mematuk aku. Ye la, orang cakap jika bermimpi dipatuk ular maknanya akan dipinang orang. Tapi tidak pun walau begitu banyak terdapat di kaki.

Tetapi, tiba-tiba semalam aku bermimpi dipatuk ular! Oh,tidak. Haha. Seekor ular menggigit (masih trbayang-bayang gigi ular itu) kaki kanan aku. Aku terus terjaga dari tidur. Mengucap panjang. Namun, mimpi itu bersambung lagi. Bangun pagi, kaki kanan aku di bahagian yang dipatuk itu terasa sedikit sakit tetapi hanya sebentar saja. Selepas mandi, tiada lagi rasa itu lagi.

Hurm, betul ke tafsir mimpi dipatuk ular itu? Haha. Ah, aku paling tidak suka dan geli melihat ular. Geli, nampak kulit bersisik. Ewwww~

Advertisement

~ by nursakinah abdul rahman on October 13, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.