Al-Fatihah
Bismillah…
Takziah kepada Syed Mustaza sekeluarga atas pemergian ayahandanya yang tercinta, Syed Mukhsin pada 11 Julai yang lalu. Semoga Syed terus tabah mengharungi dugaan yang maha hebat ini dan terus kuat meneruskan perjalanan kehidupan di samping ahli keluarga yang lain. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi ayahmu itu.
Yang pergi tetap pergi. Tiada yang hakiki di dunia ini melainkan Dia. Dia yang menciptakan kita, kepadaNya jualah kita akan kembali. Dugaan bukan untuk melemahkan kita, tetapi memberi ingatan sejauh mana kehebatan yang kita miliki untuk meneruskan hidup ini.
Kami sahabat-sahabatmu sentiasa bersama kamu,Syed. Susah senang kami akan sentiasa saling membantu,insyaAllah.
Semoga roh arwah ayahanda Syed Mukhsin dicucuri rahmat dan berada di samping para solehin. Amiiinn.
Al-Fatihah. sedekahkan kepada arwah En Syed Mukhsin. (diharapkan pembaca membaca surah Al-Fatihah, bukan sekadar hanya menyebut perkataan itu. InsyaAllah)



Err.. thank a lot for the morale support. Really appreciate it. Thank You.
Your Welcome…