Belek-belek gambar..
Buka folder gambar satu persatu..
Dan perasaan rindu datang..
Biarlah orang nak cakap atau kata apa..
Memang aku rindu..
Rindu suasana begini..
Jujur dari hati kecil ini..
Maaf kalau ada terasa hati..
Salam..


Belek-belek gambar..
Buka folder gambar satu persatu..
Dan perasaan rindu datang..
Biarlah orang nak cakap atau kata apa..
Memang aku rindu..
Rindu suasana begini..
Jujur dari hati kecil ini..
Maaf kalau ada terasa hati..
Salam..

Heee…
Semalam kan..
Saya kan..
Dapat kan..
Duk seat driver New Beetle VW..
(kawan rapat mesti tau kenapa aku terlalu suka! Hee~)
Semalam tidur dengan senyuman
Hahaha. Ini hanyalah versi radio. Jika ditonton versi televisyen, sangat kelakar. Siot betul. Haih, iklan zaman sekarang. Lu pikir la snirik!~~
Semua orang sudah berkata dan bercerita tentang Papadom. Benar. Tidak dinafikan. Filem ini sememangnya benar-benar diinterprentasi dengan baik sekali. Mesej tentang betapa kasihnya sayang seorang ayah dan ibu disampai dengan jelas.
Ada suka dan duka. Filem ini mampu membuat saya ketawa sepanjang masa dan dengan tiba-tiba mampu meruntun hati ini. Huhu. Mengalir juga air mata ini, pertama kali untuk filem Malaysia di panggung wayang. Syabas Afdlin Shauki. Mungkin kerana Miasara kecil (lakonan anak Afdlin Shauki sendiri yang bernama Miasara) yang membuat Afdlin begitu bersemangat dan tabah dalam membikin filem ini. Inilah filem yang jujur dan ikhlas dari hati seorang ayah. Ala-ala Anakku Sazali pula ya! Huhu (Filem P.Ramlee sempena nama anaknya Sazali).

Sekali lagi, Wajib Tayang! Haha. Eh silap, wajib tonton!! (sesiapa yang sudah menonton pasti memahami tentang Wajib Tayang yang berfikiran abstrak
)
Fuhh..ayat biasa yg kelihatan pabila blog sudah lama tidak diupdate. Huhu. Tidak perasan pula bulan Oktober ini tiada langsung entri. Hurm, ada yang mahu ditulis tapi kadangkala terlupa dan beginilah jadinya.
Tapi, kenapa tiba-tiba terdetik ingin menulis? Mungkin kerana apa yang terjadi semalam. Huhu.
Dulu, entah pada tahun bila. Aku tidak mampu mengingat. Aku pernah bermimpi ke suatu kawasan yang penuh dengan ular. Sangat banyak tetapi tiada seekor pun mematuk aku. Ye la, orang cakap jika bermimpi dipatuk ular maknanya akan dipinang orang. Tapi tidak pun walau begitu banyak terdapat di kaki.
Tetapi, tiba-tiba semalam aku bermimpi dipatuk ular! Oh,tidak. Haha. Seekor ular menggigit (masih trbayang-bayang gigi ular itu) kaki kanan aku. Aku terus terjaga dari tidur. Mengucap panjang. Namun, mimpi itu bersambung lagi. Bangun pagi, kaki kanan aku di bahagian yang dipatuk itu terasa sedikit sakit tetapi hanya sebentar saja. Selepas mandi, tiada lagi rasa itu lagi.
Hurm, betul ke tafsir mimpi dipatuk ular itu? Haha. Ah, aku paling tidak suka dan geli melihat ular. Geli, nampak kulit bersisik. Ewwww~
A : Hah, tu ko (B) bru blaja Kulinari. (Si A bising dengan cgpa si B). Nasib baik x amik Engineering. Kakak ni (C) amik engineering tau.
B : Ouh, engineering ape? (bertanya kpd C)
C : Electrical & Electronics
B : Alah akak (A), electrical electronics boleh la. Engineering paling senang. Lain la mechanical ke. Tengok mechanical, sume mende dia kena blaja. Tak pon civil. Civil lagi la. kena tau macam2.
C masih berdiam.
B : Kalau akak (A) x caye, akak tengok sume company mesti kena ada mechanical ngn civil. Electrical bukan nak sangat pun. Senang je, boleh la.
C : (dalam hati) Nak perlekeh pun jgn la tunjuk diri tu seperti kebodohan. Tak pernah nampak ke M&E Engineering? Setiap company kena ada civil? mechanical logik lg. bukan perlekeh civil tapi pk logik la, mne de setiap company mesti kena ada civil. x sume company mesti kne ada sume engineering. ikut la. lagipun mechanical ngn electrical cm x boleh dipisahkan kot. Kalo maintenance, technical mechanical ngn electrical slalu related. Haish, kalo nak perlekeh diri aku xpe, jgn la perlekeh course yg aku kne blaja 5taun. Padahal pointer ko tu x sampai 3, x sampai 2.7 pon (sbb tolong si A kirakan pointer si B). Dahtu amek diploma kulinari, bukan nk perlekeh kulinari tp kulinari dgn engineering kn jauh beza. Kalo xtau tu jgn tunjuk pandai. Last2 boleh nmpk kebodohan snirik nnt. Jangan sesekali mengata mana2 engineering, hangin2.. Kalo senang sangat g la blaja EE!
B dan rakannya melangkah keluar rumah. C hanya tersenyum. Malas nak berdebat dengan budak yg beza umur 2tahun je. Tapi hangin gak!
Tarikh: 12 September 2009
Tempat: Hotel Sentral, Kuala Lumpur dan Putrajaya
Aktiviti: Berbuka Puasa dan Berjalan-jalan santai
Yang terlibat: Rabibah(tokey besar).Huda.Ija.Ira.Sakinah
Tetamu jemputan: Zira(“misteri”).A-ah(kasihan,selalu dibuli kakaknya,Bib)
Cantik. Berbuka puasa di “roof top”.”Fresh air”. Berbuka puasa secara bufet yang dibelanja oleh Bib (tokey Petronas kan!). Terima kasih banyak-banyak ya! Kami tiba seawal jam 6petang. Tiada seorang pun yang hadir di situ kecuali kami. Kemudian, kami “dikejutkan” dengan kehadiran tetamu misteri Bib, Zira. Haha. Terkejut la sangat Bib. Dah dapat agak dah pun.
Menu? Boleh la, kurang banyak tetapi sedap namun persekitarannya memang menarik. Sedang berbuka puasa tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi percikan bunga api. Huhu. Sekali lagi, cantik! Ira-beruba-makan-banyak-muntah. Huhu. Kasihan~
Ija?Semua gambar mulut sentiasa penuh dengan makanan. Huda pula seperti biasa, ke’gedik’an tak berubah. Hehe. Jangan marah sayang. Adik Bib menjadi mangsa keaadaan untuk mengambil gambar kami berlima. Terima kasih A-ah. Huhu.



Selesai solat, kami menyambung semula makan-makan. Kemudian, menjadi antara orang terakhir keluar meninggalkan tempat itu. Haha. Destinasi seterusnya, Putrajaya. (Kantoi tak pergi terawih
) Kasihan kaki si tudung ungu, terseliuh dan si tudung cream pandai tolong men’kaver’. Hoho.

Terdapat seorang model dan beberapa orang jurugambar professional melakukan “photoshoot” di situ. Kami tidak ketinggalan. (Bib, sebab ko tak send ngn upload gamba lain, susah btol aku nak wat blog neh. Kekurangan sumber la nak letak!!! Walaupun kamera tu milik ija,tp konfem ija tak upload kt fb) Huhu.

Jadi lah letak gambar kurang ceria ini. Pusing-pusing Putrajaya, singgah TujuhSebelas membeli air (dahaga, cakap-cakap-cakap) dan pulang ke rumah Bib. Tidur dan sahur di situ.
Esoknya, ke kilang coklat Beryl. Borong coklat! Huda,wanita bekerjaya pergi kerja pada Ahad itu, Ija dengan Ira pergi ‘’shopping” raya berhampiran rumah mereka. Aku dan Bib “shopping” di mana lagi kalau bukan Sunway Piramid yang di hadapan rumah aku itu. Haih~ Huhu. Tapi best. Haha.
Berjaya sudah perjumpaan semula Batch PMR 2001 & SPM 2003 MRSM PDRM Kulim. Ramadhan Reunion. Tentatif yang sepatutnya berakhir pada jam 9malam berlanjutan sehingga pukul 2pagi.
Pertama: Berkumpul di Ikea dan berkonvoi ke Bora Asmara. Carpool dan motorpool..Erks~ Ade ke? Haha..
Kedua: Makan-makan. Nyanyi-nyanyi. Borak-borak. Gambar-gambar. (Siap isi borang keahlian Plethora Nation-’update’ data je)
Ketiga: Bergerak ke Taman Tasik di (tak ingat! Duhhh..) Borak-borak. Main belon. Gambar-gambar. Makan kek.
Keempat: Kedahagaan yang amat kerana terlalu banyak borak-borak dan makan kek tanpa air. Maka kami bergerak ke Mapley yang terletak di kawasan berhampiran. Lepak-lepan. Minum-minum. Makan-makan (lagi!). Ter’stuck’ kerana hujan lebat.
Ouh, sangat seronok dapat bertemu kawan-kawan yang 5tahun tidak berjumpa malah lebih-lebih lagi terdapat hampit 7tahun tidak berjuma! Wah. tetapi perangai masih sama. Huhuhu. Sangat best!



Hingga bertemu lagi pada lain aktiviti. Harap dapat berjumpa dengan kawan-kawan lain yang tidak dapat hadir pada aktiviti kali ini.
Recent Comments